Saturday, 10 October 2015


Pemikiran Masyarakat Malaysia Yang Positif, Negatif dan Ideal.


Di Malaysia, terdapat 3 kepelbagaian wajah yang harus kita amalkan iaitu dari sudut positif, negatif dan ideal. Dari segi positif, kita haruskan mempunyai sikap amalan bertoleransi antara satu sama lain dimana kita harus berinteraksi antara satu sama lain tidak kira perbezaan antara kaum, budaya dan etnik. Selain itu, kita haruslah bersama-sama bersatu dalam pelbagai aspek seperti contoh tolong menolong antara satu sama lain, berkongsi pendapat tidak kira berbeza kaum dan sentiasa berfikiran terbuka antara satu sama lain. Maka, dengan cara ini Malaysia dapat mengekalkan status dimana boleh menjadi contoh dan teladan terhadap negara aman dan makmur dimata dunia dan masyarakat tidak kira didalam mahupun diluar negara. Dari konsep negatif pula, untuk mengekalkan perpaduan di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita kecapi selain harus mempunyai kata sepakat yang padu dan penyampaian yang betul untuk menyatukan kaum dan etnik di negara ini. Seperti contoh, kita sentiasa dihantui oleh isu-isu semasa yang kerap berlaku di negara seperti contoh isu agama, kaum dan isu yang telah menjadi sejarah seperti 13 mei dimana pebalahan antara kaum yang menyebabkan tragedi berdarah yang ditakuti oleh masyarakat Malaysia. Selain itu, tidak lari juga dengan isu dimana status ataupun kelayakan kaum dan etnik selain melayu yang sentiasa diendahkan oleh masyarakat. Manakala dari sudut ideal pula, ada sesetengah masyarakat yang berfikiran positif dan sentiasa untuk mengekalkan konsep perpaduan demi mencapai matlamat dan objektif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal makmur dari segi perpaduan, penyatupaduan, dan kesepaduan.

Penyatupaduan pula adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan status penyatupaduan tersebut, seperti contoh dari segi ekonomi. Kerajaan harus mempunyai konsistensi dimana perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan sistem ekonomi sebaik mungkin tidak kira bahan mentah, bahan kering atau bahan basah yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian. Maka dengan ini, tiadalah isu dimana terdapat perbezaan kaum yang mendapat kelebihan atau kekurangan dari segi ekonomi yang dapat menjejaskan perpaduan, kerajaan haruslah memberikan sama rata kepada masyarakat seperti contoh, dengan adanya kedai rakyat 1 Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik akan mendapat status yang sama rata dari segi ekonomi.

Dari segi politik pula, tidak hairanlah jika negara kita mempunyai pelbagai etnik dan budaya dalam menjadi sebuah pemimpin dimana haruslah mempunyai wakil pemimpin dari sebuah etnik. Selain itu, hak kewarganegaraan haruslah diberikan sama rata terhadap pelbagai etnik agar tidak menimbulkan isu dimana penyisihan terhadap sesebuah etnik di negara Malaysia kini. Maka dengan ini masyarakat Malaysia dapat mengekalkan kemakmuran yang sedia ada malahan selari dengan perkembangan dan kemajuan di sesebuah institusi negara Malaysia.

Sosial pula merujuk kepada pergaulan antara etnik dan budaya. Seperti yang dapat kita lihat, penyatupaduan dari segi sosial sering berlaku disekeliling kita. Contoh yang dapat diberi adalah “Urban Transformation Centre”(UTC). Ini adalah sebuah contoh dimana masyarakat dari pelbagai etnik dapat menguruskan kepelbagaian urusan hanya dengan suatu tempat dimana ia memudahkan masyarakat serta meningkatkan sistem sosial dengan sentiasa berhubung dengan kerajaan yang terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Sosial ini adalah amat penting dinegara kerana jika tiada kesefahaman antara satu sama lain, penyatupaduan amatlah sukar dimiliki tidak kira pada masa kini ataupun pada masa akan datang.

Penyatupaduan, Kesepaduan dan Perpaduan Etnik, Budaya dan Bangsa di Malaysia

No comments:

Post a Comment