Saturday, 10 October 2015


Pemikiran Masyarakat Malaysia Yang Positif, Negatif dan Ideal.


Di Malaysia, terdapat 3 kepelbagaian wajah yang harus kita amalkan iaitu dari sudut positif, negatif dan ideal. Dari segi positif, kita haruskan mempunyai sikap amalan bertoleransi antara satu sama lain dimana kita harus berinteraksi antara satu sama lain tidak kira perbezaan antara kaum, budaya dan etnik. Selain itu, kita haruslah bersama-sama bersatu dalam pelbagai aspek seperti contoh tolong menolong antara satu sama lain, berkongsi pendapat tidak kira berbeza kaum dan sentiasa berfikiran terbuka antara satu sama lain. Maka, dengan cara ini Malaysia dapat mengekalkan status dimana boleh menjadi contoh dan teladan terhadap negara aman dan makmur dimata dunia dan masyarakat tidak kira didalam mahupun diluar negara. Dari konsep negatif pula, untuk mengekalkan perpaduan di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita kecapi selain harus mempunyai kata sepakat yang padu dan penyampaian yang betul untuk menyatukan kaum dan etnik di negara ini. Seperti contoh, kita sentiasa dihantui oleh isu-isu semasa yang kerap berlaku di negara seperti contoh isu agama, kaum dan isu yang telah menjadi sejarah seperti 13 mei dimana pebalahan antara kaum yang menyebabkan tragedi berdarah yang ditakuti oleh masyarakat Malaysia. Selain itu, tidak lari juga dengan isu dimana status ataupun kelayakan kaum dan etnik selain melayu yang sentiasa diendahkan oleh masyarakat. Manakala dari sudut ideal pula, ada sesetengah masyarakat yang berfikiran positif dan sentiasa untuk mengekalkan konsep perpaduan demi mencapai matlamat dan objektif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal makmur dari segi perpaduan, penyatupaduan, dan kesepaduan.

Penyatupaduan pula adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan status penyatupaduan tersebut, seperti contoh dari segi ekonomi. Kerajaan harus mempunyai konsistensi dimana perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan sistem ekonomi sebaik mungkin tidak kira bahan mentah, bahan kering atau bahan basah yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian. Maka dengan ini, tiadalah isu dimana terdapat perbezaan kaum yang mendapat kelebihan atau kekurangan dari segi ekonomi yang dapat menjejaskan perpaduan, kerajaan haruslah memberikan sama rata kepada masyarakat seperti contoh, dengan adanya kedai rakyat 1 Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik akan mendapat status yang sama rata dari segi ekonomi.

Dari segi politik pula, tidak hairanlah jika negara kita mempunyai pelbagai etnik dan budaya dalam menjadi sebuah pemimpin dimana haruslah mempunyai wakil pemimpin dari sebuah etnik. Selain itu, hak kewarganegaraan haruslah diberikan sama rata terhadap pelbagai etnik agar tidak menimbulkan isu dimana penyisihan terhadap sesebuah etnik di negara Malaysia kini. Maka dengan ini masyarakat Malaysia dapat mengekalkan kemakmuran yang sedia ada malahan selari dengan perkembangan dan kemajuan di sesebuah institusi negara Malaysia.

Sosial pula merujuk kepada pergaulan antara etnik dan budaya. Seperti yang dapat kita lihat, penyatupaduan dari segi sosial sering berlaku disekeliling kita. Contoh yang dapat diberi adalah “Urban Transformation Centre”(UTC). Ini adalah sebuah contoh dimana masyarakat dari pelbagai etnik dapat menguruskan kepelbagaian urusan hanya dengan suatu tempat dimana ia memudahkan masyarakat serta meningkatkan sistem sosial dengan sentiasa berhubung dengan kerajaan yang terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Sosial ini adalah amat penting dinegara kerana jika tiada kesefahaman antara satu sama lain, penyatupaduan amatlah sukar dimiliki tidak kira pada masa kini ataupun pada masa akan datang.

Penyatupaduan, Kesepaduan dan Perpaduan Etnik, Budaya dan Bangsa di Malaysia

Monday, 21 September 2015


KEPELBAGAIAN ETNIK DI NEGARA MALAYSIA


“Malaysia yang merdeka”, itu adalah sebuah ungkapan yang boleh kita berikan terhadap negara yang tercinta ini. Jika kita terkenang kembali pada 58 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1957, pelbagai cara dan jalan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara tanah air kita demi mendapatkan kemerdekaan. Apa yang kita faham berkenaan kemerdekaan ini? Kemerdekaan adalah sesuatu yang berkait rapat dengan perpaduan pelbagai bangsa, budaya dan agama. Pada zaman dahulu kita mempunyai tiga jenis kaum di tanah melayu iaitu melayu, india dan cina. Tetapi, pada zaman era permodenan kini. Bukan hanya tiga kaum yang diperkenalkan di Malaysia. Malah terdapat pelbagai kaum dan etnik yang ada di Malaysia seperti contoh, iban, bidayuh, bajau, murut dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah amat kukuh disamping mewujudkan masyarakat yang harmoni. Malaysia juga adalah sebuah simbol keamanan yang kian lama diterap selepas pengisytiharan kemerdekaan. Tatkala itu, jika kita lihat budaya masyarakat Malaysia masa kini. Kita saling hormat-menghormati serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bukan hanya dari segi etika. Pada masa kini juga, kita boleh lihat pelbagai kaum ini saling bertukar pendapat dan cita rasa antara satu sama lain seperti contoh. Kaum melayu boleh memakai sari, kaum cina boleh mamakai baju kurung, dan kaum india boleh memakai cheongsam. Ini adalah menunjukkan masyarakat Malaysia yang hidup dengan berbagai bangsa yang aman dan damai.

Monday, 24 August 2015

Price On Application (P.O.A)

FENOMENA P.O.A. PADA RINGGIT MALAYSIA MEMBUATKAN RAKYAT PANIK

Imej papan layar senarai tukaran matawang yang menjadi viral ini menimbulkan banyak tanda tanya.
Secara kasarnya Pengurup Wang adalah golongan peniaga yang mencari untung. Alasan yang diberi bahawa tiada stok wang asing yang kita minta adalah satu 'jalan selamat' untuk mengelakkan risiko kerugian.
Ini berlaku apabila penurunan nilai berlaku secara berterusan dan tidak menentu jumlahnya. Bukanlah matawang kita tidak laku sama sekali secara hakikatnya.
POA bermakna 'PRICE ON APPLICATION'. Nilainya hanya diberi ketika kita memohon tukaran itu. Walaupun menyusahkan, namun ia masih boleh didapatkan dari bank-bank terkemuka atau pengurup matawang yang 'ada nama'. Cuma kadar tukaran sahaja tidak disenaraikan secara online sebagai tanda nilainya tidak boleh diduga.
Apabila fenomena ini berlaku, sesuatu matawang itu tidak berani diniagakan oleh para peniaga secara terbuka. Kerana itu secara persepsinya ia dikatakan 'tidak laku' buat sementara.
Price On Application Phenomena

Malaysia adalah negara yang penuh dengan hasil bumi. Namun, kita masih merupakan 'negara pengguna' yang mengimpot barangan siap, walaupun bahan mentahnya datang dari kita. Contohnya air bersih untuk bekalan harian yang tidak begitu susah diproses pun kita sanggup impot dari Singapura. Begitu juga hasil petrolium dan bahan bakar siap guna.
Pengusaha industri pelancongan, barangan impot, pelajar kita di luar negara tentunya amat terasa dengan pergolakan nilai matawang ini.
Banyak lagi selok belok permainan nilai matawang yang sedang berlaku telah kami kaji. Kami masih lagi meneliti untuk mendapatkan kesahihannya. InsyaAllah ada rezeki nanti kita kongsikan bersama.
Sudah sampai masanya kita bersedia untuk berpuasa dan belajar hidup berpada-pada. Tidak mustahil wang berkarung yang selama ini kita usung hanya tinggal angka yang tiada nilainya semata-mata.
Mulakan bercucuk tanam dan mencipta teknologi produk untuk kegunaan sendiri.
"Mari belajar dari China".
synysterstory49.blogspot.com

Thursday, 6 August 2015

"Kebenaran"

"Kebenaran"

Disini ada terdapat sebuah pengajaran yang ingin saya kongsikan kepada setiap manusia yang wujud dimuka bumi ini.

Kita tidak tahu perjalanan masa hadapan kita, Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok, Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku sebentar lagi, 

Tetapi...

Apa yang kita tahu adalah apa yang telah berlaku pada masa silam kita, 
Apa yang sudah berlaku semalam, dan 
Apa yang telah berlaku sebentar tadi. 

Setiap manusia mempunyai nafsu untuk memiliki sesuatu dan keinginan setiap manusia adalah berbeza dari apa yang telah kita jangkakan. 

Setiap orang mahukan kejayaan, 
Setiap orang mahukan kebahagiaan, 
Setiap orang berharap diri ini diperolehi kesempurnaan.

Tetapi... 

Kesempurnaan itu haruslah dikaitkan bersama kebenaran, kejujuran dan kepercayaan. kita tidak boleh nampak apa yang terdapat disebalik gunung-gunung disekeliling kita,

Tetapi... 

Dengan wujudnya kejujuran, kepercayaan dan kebenaran. kita boleh mengenali dan mengetahui isi kandungan yang berada didalam gunung. 
Jangan kita jadikan masa silam sebagai penghalang untuk kita teruskan mempercayai kebenaran, kepercayaan dan kejujuran yang sudah berabadnya wujud demi kemuafakatan masyrakat dan orang yang dicintai.

"Kebenaran"

Oleh: Synyster_Bell


Wednesday, 5 August 2015

Amalan seorang jurutera dan skop profession.

Siapakah Jurutera?

Kejuruteraan adalah disiplin, seni, skill, kerjaya dan teknologi yang mempergunakan saintifik, matematik, ekonomi, sosial dan ilmu amali bagi merekabentuk dan membina struktur, mesin, peralatan, sistem, bahan dan proses. Kejuruteraan merangkumi pelbagai aspek kegunaan harian kita dari kasut yang kita pakai, rumah yang kita diami, telivesyen yang kita tonton, telefon yang kita gunakan, kereta yang kita naiki, jalanraya dan jambatan yang kita lalui dan bermacam-macam lagi dalam kehidupan kita.

Kejuruteraan sebenarnya telah wujud sejak dari era purba lagi tatkala manusia merekacipta peralatan asas seperti takal, baji dan roda. Setiap dari rekaan tersebut adalah selari dengan pengertian moden kejuruteraan, mempergunakan prinsip asas mekanikal bagi membentuk peralatan dan objek yang berguna.

Jurutera

Seorang yang mempergunakan ilmu kejuruteraan bagi melaksanakan kerja mereka terdiri dari pelbagai kategori orang seperti Jurutukang, Jurugegas, Jurukimpal, Jurulukis, Juruteknik, Pembantu Teknik sehinggalah ke peringkat Jurutera. Asas kejuruteraan dipergunakan bagi merancang, mereka dan membentuk sesuatu tugasan sehingga menjadi apa yang diinginkan.

Untuk menjadi seorang Jurutera kelulusan yang diperlukan adalah bermula dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah bidang kejuruteraan. Seseorang yang mahu digelar Jurutera Profesional perlulah mempunyai Ijazah Kejuruteraan yang berkaitan dan menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah Jurutera Profesional.

Seorang Jurutera tidaklah semestinya melakukan kerja membaikpulih mesin atau mempergunakan tangannya sendiri bagi membuat sesuatu tetapi skop Jurutera adalah amat luas. Jurutera mestilah seorang yang mahir dalam aspek pengurusan, pandai membuat perancangan, bijak dalam pelaksanaan strategi dan cekap menyelesaikan permasalahan dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Bidang Kejuruteraan

Pada awalnya, bidang kejuruteraan dibahagikan kepada empat bidang utama iaitu kejuruteraan mekanikal, civil, elektrikal dan kimia, dengan dipecahkan kepada beberapa cabang yang lain.

Tetapi kini, banyak bidang baru kejuruteraan yang dibentuk seperti

Kejuruteraan Marin
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Aeronautik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Galian
Kejuruteraan Bahan
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Metalugi
Kejuruteraan Biomedik
Kejuruteraan Robotik
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Petroleum & Petrokimia

Ciri-Ciri Seorang Jurutera

Berilmu 
Seorang Jurutera mestilah seorang yang mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan berdasarkan pengkhususan bidang yang diambil. Ilmu yang diperolehi dari proses pembelajaran di Universiti. latihan amali yang dilalui dan pengalaman yang diharungi menjadi asas penting dalam perbezaan keilmuan Jurutera tersebut.

Berkemahiran 
Perlulah mempunyai kemahiran bagi melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya Jurutera Elektrik, sudah semestinya mempunyai kemahiran dalam bidang Elektrik, Jurutera Mekanikal pula berkemahiran dalam bidang Mekanikal dan begitulah juga yang lainnya. Tetapi yang perlunya seorang Jurutera itu mestilah tahu merancang, mengurus dan memastikan kerja yang dipertanggungjawabkan berjalan dengan lancar.

Berwibawa 
Mestilah berwibawa yang mempunyai kesungguhan dan jatidiri yang kukuh dan tidak mudah putusasa. Boleh menghadapi tekanan dalam kerja dan tidak mudah kecewa.

Cekap
Apabila dilanda masalah, kecekapan dalam mencari penyelesaian amatlah penting. Mengetahui tindakan yang perlu diambil, bijak mencari jalan keluar serta cekap dalam membuat keputusan.

Beretika
Mempunyai etika diri yang mulia. Tidak mudah goyah akan pujuk rayu atas perkara yang tidak harus diluluskan. Sekiranya mengetahui bahawa sesuatu perkara itu tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki maka pastikan ianya diperbetulkan dahulu sebelum ianya diluluskan.

Keazaman dan ketekunan 
Mempunyai keazaman dan ketekunan diri yang kuat. Sentiasa berazam untuk meningkatkan diri ketahap yang lebih baik lagi dan tekun dalam melaksanakan kerja.

Cita-cita 
Mempunyai cita-cita untuk berjaya pada masa akan datang.


Berikut adalah panduan pendidikan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan:
http://doktorkerjaya.blogspot.com/2011/03/kerjaya-bidang-kejuruteraan.html


*Disini diselitkan sebuah gaya inovasi seorang jurutera professional masa akan datang, tahniah kepada warga bumiputera yang berjaya memudahkan kerja-kerja infrastruktur untk negara kita :)


Tuesday, 4 August 2015

Apa erti cinta dan kasih sayang?

PENGERTIAN CINTA DAN KASIH SAYANG

CINTA  secara rasionalnya ialah rasa kasih dan sayang, atau tertarik kepada perwatakan seseorang.

Dari segi bahasa, cinta adalah ungkapan perasaan jiwa, ekspresi hati dan naluri yang menyelubungi hati seseorang terhadap kekasihnya. Cinta adalah kekuatan manusia yang paling tinggi. Cinta adalah sumber segalanya dimana jika tiada cinta terhadap sesuatu kita tidak dapat meneruskan sesuatu dengan mudah dan kita tidak akan dapat mewujudkan setiap impian kita tanpa cinta.

Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat terhadap sesuatu. Ia merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang.

Dari sudut pandangan lain pula, cinta adalah sebuah aksi ataupun kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, seperti pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan melakukan sesuatu untuk memiliki objek tersebut.

Perkataan "Cinta" adalah sesuatu perkataan yang mempunyai makna begitu mendalam. sebagai seorang insan yang mempunyai sifat kasih sayang, kita seharusnya memikirkan hati dan perasaan dimana ia adalah suatu kaitan yang kuat dalam diri seorang insan.

Noted: Maka jika sudah cinta, janganlah dibiarkan begitu sahaja kerana ia bukan hanya melibatkan satu jiwa, malahan dua jiwa ataupun lebih dari yang kita jangka.
*Gambar sekadar perhiasan :)

Apa yang anda patut ada sebelum umur 30 Tahun?



Apa Yang Anda Patut Ada Sebelum Umur 30?
Perancangan Kewangan Sebelum 30
Entri ini khas untuk sahabat saya yang dikasihi

1. HARTANAH SENDIRI
Tak kisahlah apartment low cost, medium cost, rumah teres, semi-D, corner lot, bungalow.. Asalkan ada hartanah sendiri walaupun sebuah. Kenapa? Sebab beli sekarang lagi murah berbanding beli beberapa tahun lagi. Tak percaya, cuba sendiri.

2. PEKERJAAN YANG STABIL
Pada umur ini, anda sepatutnya dah jumpa career path yang bersesuaian dalam industri pilihan anda. Kenapa? Kalau pada masa ni anda masih lompat kerja sana sini, dan lebih teruk lagi bertukar industri, maka anda belum mempunyai tapak yang kukuh dalam industri tersebut.
Umur lepas 30 dah kena cari laluan untuk masuk dalam management, paling tak pun senior executive.
Walaupun begitu, ini pandangan saya secara umum sahaja. Lain industri lain ceritanya.

3. SIMPANAN ENAM BULAN GAJI
Tak kisahlah simpan di mana pun; takaful, ASB (bukan loan), Tabung Haji, saham, unit amanah, emas mahupun fixed deposit. Asalkan nilai simpanan cukup enam bulan gaji. KWSP tak dikira.
Kenapa? Cash is king. Kalau berlaku apa-apa kecemasan pada diri sendiri atau keluarga, duit inilah yang akan bantu di masa susah. Kalau tiba-tiba kena buang kerja, sekurang-kurangnya duit ni boleh digunakan untuk sara hidup sementara dapat kerja baru.

4. SIMPANAN TETAP SETIAP BULAN
Sebelum 30 dimaafkan kalau tak boleh simpan duit secara tetap setiap bulan. Mungkin duit dah habis kat rumah dua tiga buah, mungkin dah habis pada keluarga dan sebagainya tapi bila nak masuk 30, dah kena ada amaun tetap daripada pendapatan bulanan yang disimpan.
Kenapa? Kalau anda masih gagal nak wujudkan simpanan tetap setiap bulan macam ni, bermakna ada yang silap dalam perancangan kewangan anda. Mungkin anda boros berbelanja, mungkin anda hidup di luar kemampuan atau mungkin terlalu banyak kebocoran dan benda tak perlu yang dibelanjakan setiap bulan.

5. PELAN TAKAFUL SENDIRI
Pilih plan Takaful komprehensif yang memberi manfaat perubatan (medical card). Kenapa? Semakin lambat ambil, semakin tak berbaloi pelan tu dengan apa yang dibayar.
Dan lebih penting, umur 30 dah mula ada yang sakit. Kalau dah sakit, memang susah dah nak bantu..

Money management bermula umur 30 kena betul dah. Tak boleh silap sebab biasanya masa ni majoriti dah berkeluarga. Bila silap bukan setakat diri sendiri susah, anak beranak pun kena sekali.
Perancangan kena mula dari sekarang, lepas graduate, masa start first job. Lagi lambat start, lagi susah nak berada di landasan yang betul.

Jika difikirkan balik, kehidupan kita tidak akan lari daripada perkara tersebut kerana merancang perjalanan hidup bukanlah sesukar yang kita ketahui jika kita membuat persediaan terdahulu berbanding kita memikirkan ianya amat sukar dilalui jika lambat membuat sesuatu persediaan.

Maka dengan ini, saya rekomenkan:
MUHAMMAD HAFIZH ZAINUDIN
Fulltime Takaful advisor
+6017.351.0939