Wednesday, 5 August 2015

Amalan seorang jurutera dan skop profession.

Siapakah Jurutera?

Kejuruteraan adalah disiplin, seni, skill, kerjaya dan teknologi yang mempergunakan saintifik, matematik, ekonomi, sosial dan ilmu amali bagi merekabentuk dan membina struktur, mesin, peralatan, sistem, bahan dan proses. Kejuruteraan merangkumi pelbagai aspek kegunaan harian kita dari kasut yang kita pakai, rumah yang kita diami, telivesyen yang kita tonton, telefon yang kita gunakan, kereta yang kita naiki, jalanraya dan jambatan yang kita lalui dan bermacam-macam lagi dalam kehidupan kita.

Kejuruteraan sebenarnya telah wujud sejak dari era purba lagi tatkala manusia merekacipta peralatan asas seperti takal, baji dan roda. Setiap dari rekaan tersebut adalah selari dengan pengertian moden kejuruteraan, mempergunakan prinsip asas mekanikal bagi membentuk peralatan dan objek yang berguna.

Jurutera

Seorang yang mempergunakan ilmu kejuruteraan bagi melaksanakan kerja mereka terdiri dari pelbagai kategori orang seperti Jurutukang, Jurugegas, Jurukimpal, Jurulukis, Juruteknik, Pembantu Teknik sehinggalah ke peringkat Jurutera. Asas kejuruteraan dipergunakan bagi merancang, mereka dan membentuk sesuatu tugasan sehingga menjadi apa yang diinginkan.

Untuk menjadi seorang Jurutera kelulusan yang diperlukan adalah bermula dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah bidang kejuruteraan. Seseorang yang mahu digelar Jurutera Profesional perlulah mempunyai Ijazah Kejuruteraan yang berkaitan dan menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah Jurutera Profesional.

Seorang Jurutera tidaklah semestinya melakukan kerja membaikpulih mesin atau mempergunakan tangannya sendiri bagi membuat sesuatu tetapi skop Jurutera adalah amat luas. Jurutera mestilah seorang yang mahir dalam aspek pengurusan, pandai membuat perancangan, bijak dalam pelaksanaan strategi dan cekap menyelesaikan permasalahan dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Bidang Kejuruteraan

Pada awalnya, bidang kejuruteraan dibahagikan kepada empat bidang utama iaitu kejuruteraan mekanikal, civil, elektrikal dan kimia, dengan dipecahkan kepada beberapa cabang yang lain.

Tetapi kini, banyak bidang baru kejuruteraan yang dibentuk seperti

Kejuruteraan Marin
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Aeronautik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Galian
Kejuruteraan Bahan
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Metalugi
Kejuruteraan Biomedik
Kejuruteraan Robotik
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Petroleum & Petrokimia

Ciri-Ciri Seorang Jurutera

Berilmu 
Seorang Jurutera mestilah seorang yang mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan berdasarkan pengkhususan bidang yang diambil. Ilmu yang diperolehi dari proses pembelajaran di Universiti. latihan amali yang dilalui dan pengalaman yang diharungi menjadi asas penting dalam perbezaan keilmuan Jurutera tersebut.

Berkemahiran 
Perlulah mempunyai kemahiran bagi melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya Jurutera Elektrik, sudah semestinya mempunyai kemahiran dalam bidang Elektrik, Jurutera Mekanikal pula berkemahiran dalam bidang Mekanikal dan begitulah juga yang lainnya. Tetapi yang perlunya seorang Jurutera itu mestilah tahu merancang, mengurus dan memastikan kerja yang dipertanggungjawabkan berjalan dengan lancar.

Berwibawa 
Mestilah berwibawa yang mempunyai kesungguhan dan jatidiri yang kukuh dan tidak mudah putusasa. Boleh menghadapi tekanan dalam kerja dan tidak mudah kecewa.

Cekap
Apabila dilanda masalah, kecekapan dalam mencari penyelesaian amatlah penting. Mengetahui tindakan yang perlu diambil, bijak mencari jalan keluar serta cekap dalam membuat keputusan.

Beretika
Mempunyai etika diri yang mulia. Tidak mudah goyah akan pujuk rayu atas perkara yang tidak harus diluluskan. Sekiranya mengetahui bahawa sesuatu perkara itu tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki maka pastikan ianya diperbetulkan dahulu sebelum ianya diluluskan.

Keazaman dan ketekunan 
Mempunyai keazaman dan ketekunan diri yang kuat. Sentiasa berazam untuk meningkatkan diri ketahap yang lebih baik lagi dan tekun dalam melaksanakan kerja.

Cita-cita 
Mempunyai cita-cita untuk berjaya pada masa akan datang.


Berikut adalah panduan pendidikan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan:
http://doktorkerjaya.blogspot.com/2011/03/kerjaya-bidang-kejuruteraan.html


*Disini diselitkan sebuah gaya inovasi seorang jurutera professional masa akan datang, tahniah kepada warga bumiputera yang berjaya memudahkan kerja-kerja infrastruktur untk negara kita :)


No comments:

Post a Comment