Pemikiran Masyarakat Malaysia Yang Positif, Negatif dan Ideal.
Di
Malaysia, terdapat 3 kepelbagaian wajah yang harus kita amalkan iaitu dari
sudut positif, negatif dan ideal. Dari segi positif, kita haruskan mempunyai
sikap amalan bertoleransi antara satu sama lain dimana kita harus berinteraksi
antara satu sama lain tidak kira perbezaan antara kaum, budaya dan etnik.
Selain itu, kita haruslah bersama-sama bersatu dalam pelbagai aspek seperti
contoh tolong menolong antara satu sama lain, berkongsi pendapat tidak kira
berbeza kaum dan sentiasa berfikiran terbuka antara satu sama lain. Maka,
dengan cara ini Malaysia dapat mengekalkan status dimana boleh menjadi contoh
dan teladan terhadap negara aman dan makmur dimata dunia dan masyarakat tidak
kira didalam mahupun diluar negara. Dari konsep negatif pula, untuk
mengekalkan perpaduan di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita
kecapi selain harus mempunyai kata sepakat yang padu dan penyampaian yang betul
untuk menyatukan kaum dan etnik di negara ini. Seperti contoh, kita sentiasa
dihantui oleh isu-isu semasa yang kerap berlaku di negara seperti contoh isu
agama, kaum dan isu yang telah menjadi sejarah seperti 13 mei dimana pebalahan
antara kaum yang menyebabkan tragedi berdarah yang ditakuti oleh masyarakat Malaysia.
Selain itu, tidak lari juga dengan isu dimana status ataupun kelayakan kaum dan
etnik selain melayu yang sentiasa diendahkan oleh masyarakat. Manakala dari
sudut ideal pula, ada sesetengah masyarakat yang berfikiran positif dan
sentiasa untuk mengekalkan konsep perpaduan demi mencapai matlamat dan objektif
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal makmur dari segi perpaduan,
penyatupaduan, dan kesepaduan.
Penyatupaduan
pula adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan
status penyatupaduan tersebut, seperti contoh dari segi ekonomi. Kerajaan harus
mempunyai konsistensi dimana perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan
sistem ekonomi sebaik mungkin tidak kira bahan mentah, bahan kering atau bahan
basah yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian. Maka dengan ini,
tiadalah isu dimana terdapat perbezaan kaum yang mendapat kelebihan atau
kekurangan dari segi ekonomi yang dapat menjejaskan perpaduan, kerajaan
haruslah memberikan sama rata kepada masyarakat seperti contoh, dengan adanya
kedai rakyat 1 Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik akan mendapat status yang
sama rata dari segi ekonomi.
Dari
segi politik pula, tidak hairanlah jika negara kita mempunyai pelbagai etnik
dan budaya dalam menjadi sebuah pemimpin dimana haruslah mempunyai wakil
pemimpin dari sebuah etnik. Selain itu, hak kewarganegaraan haruslah diberikan
sama rata terhadap pelbagai etnik agar tidak menimbulkan isu dimana penyisihan
terhadap sesebuah etnik di negara Malaysia kini. Maka dengan ini masyarakat
Malaysia dapat mengekalkan kemakmuran yang sedia ada malahan selari dengan
perkembangan dan kemajuan di sesebuah institusi negara Malaysia.
Sosial
pula merujuk kepada pergaulan antara etnik dan budaya. Seperti yang dapat kita
lihat, penyatupaduan dari segi sosial sering berlaku disekeliling kita. Contoh
yang dapat diberi adalah “Urban
Transformation Centre”(UTC). Ini adalah sebuah contoh dimana masyarakat
dari pelbagai etnik dapat menguruskan kepelbagaian urusan hanya dengan suatu
tempat dimana ia memudahkan masyarakat serta meningkatkan sistem sosial dengan
sentiasa berhubung dengan kerajaan yang terdiri dari pelbagai etnik dan budaya.
Sosial ini adalah amat penting dinegara kerana jika tiada kesefahaman antara
satu sama lain, penyatupaduan amatlah sukar dimiliki tidak kira pada masa kini
ataupun pada masa akan datang.
Penyatupaduan, Kesepaduan dan Perpaduan Etnik, Budaya dan Bangsa di Malaysia |